loader image
INFO MAHA

MAHA 2022 platform LPP pamer inovasi pertanian

News

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) turut mengetengahkan teknologi penanaman dan peralatan pertanian terkini.

Untuk itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut mengambil bahagian bagi memberikan lebih pendedahan kepada para pengunjung pameran mengenai inovasi pertanian negara.

“LPP ada Laman Mekanisasi yang kita pamerkan semua jentera besar dan kecil, teknologi dan inovasi serta kejenteraan yang digunakan untuk pengeluaran makanan.

“Kita harap semua pengunjung datang dan berkunjung di pavilion HPPNK dan pavilion negeri dan juga laman-laman lain yang disediakan,” kata Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim.

Sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), LPP telah membawa 40 pempamer daripada pelbagai sektor, jabatan dan agensi bagi memperkenalkan produk dan peralatan pertanian masing-masing.

Mempunyai lima segmen utama, Laman Mekanisasi turut membawakan pameran jentera, peralatan pertanian, teknologi pertanian, internet of things (IOT) dan produk industri asas tani.

“Kita juga ada beberapa program sampingan antaranya ahli peladang dan beberapa kejayaan melalui simbiosis kehidupan.

“Dari hari pertama sampai hari ini, memang penuh dengan pengunjung sebab mereka hadir dan menunggu-nunggu MAHA.

Source: Malaysia Gazette

×