loader image
INFO MAHA

Naratif MAHA terbaik untuk turunkan harga makanan

News

PENGANJURAN Expo Malaysia Agriculture, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 adalah terbaik dengan naratif menurunkan harga makanan agro dan memastikan sekuriti makanan selaras temanya Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan.”

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil  mengucapkan syabas kepada pihak Sekretariat Expo Malaysia Agriculture, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) atas kejayaan penganjuran berptestij Expo MAHA 2022 mulai 4 hingga 14 Ogos lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sekretariat MAHA yang dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee membawa keberhasilan dan penganjuran yang baik bagi manfaatkan rakyat  serta pemain industri agro makanan negara ini.

Expo MAHA 2022 ini disempurnakan Perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 6 Ogos lalu  berlangsung dengan cemerlang. Perdana Menteri membuat pengumuman-pengumuman penting dalam ucapan perasmiannya.

Sehingga 14  Ogos bilangan pengunjung yang direkodkan secara fizikal seramai  1.4 juta orang  termasuk  pengunjung virtual seramai 266,321 orang. Dari aspek jualan keseluruhan direkodkan sebanyak  RM260 juta jualan langsung, termasuk . RM25,270,436.35 jualan  secara atas talian. Direkodkan padanan perniagaan RM234,985,432.10 manakala sebanyak 33   memorandum persefahaman (MoU)  yang ditandatangani. Dari aspek pembiayaan pula sebanyak  RM460.8 juta  dengan 2,947 permohonan direkodkan. Kesemua rekod ini mengatasi rekod 4 tahun sebelum ini.

Penganjuran kali ini adalah terbaik dengan naratif menurunkan harga makanan agro dan memastikan  sekuriti  makanan  selaras temanya Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan. Mesej  MAFI adalah tuntas menyeru dan mengajak  Keluarga Malaysia untuk Jihad Inflasi melalui kegiatan  bertani di rumah.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN

Putrajaya.

Source: Utusan Malaysia

×